Wednesday, January 30, 2013

10 kebaikan susu kambing berbanding susu lembu

10 kebaikan susu kambing berbanding susu lembu.
 
Yes, i know that Mothers's milk is the best tapi kadang2 ada jugak ibu2 kat luar sana yang ada sedikit masalah and tak dapat nak fully breastfeed anak dia orang kan...So i just wanna share some info's on the benefits of goats Milk...

  1. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
  2. Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu. -penting untuk bayi
  3. Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pensakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  4. Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
  5. Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
  6. Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  7. Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit. -sangat sesuai tuk bayi
  8. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
  9. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. jugak sangat sesuai tuk bayi
  10. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

*Thanks and credit  to : http://vanillapink3113.blogspot.com

No comments: